Kedudukan Sekolah Sekolah_Kebangsaan_Felda_Selasih

Simpang masuk ke Felda Selasih

Kedudukannya terletak di perkampungan Felda Selasih,22020 Jerteh, Terengganu.Sekolah ini terletak dalam mukim Jabi di daerah Besut dan kawasan parlimen P31 Setiu.



Peta kampung Felda Selasih dan lokasi SKFS

Sekolah ini terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Jerteh dan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit bagi perjalanan menaiki kereta menghala ke Kuala Terengganu.Sebelum sampai ke sekolah ini, terdapat papan tanda Kampung Tok Dor di sebelah kiri manakala papan tanda Institut Latihan Pertanian Besut di sebelah kanan.Dalam jarak kira-kira 100 meter di hadapan terdapat satu simpang yang yang menuju ke Perkampungan Felda Selasih yang terletak di sebelah kanan jalan bersebelahan dengan Institut Latihan Pertanian Besut.

Sekolah Kebangsaan Felda Selasih akan dapat ditemui kira-kira 2 kilometer dari simpang tersebut. Bagi perjalan dari Kuala Terengganu ke Jerteh pula, kira-kira 100 kilometer perjalanan. Terdapat papan tanda Kampung Tok Dor di sebelah kiri dan Masjid Tok Dor di sebelah kanan yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Tok Dor, kira-kira 100 meter di hadapan iaitu di sebelah kiri,terdapat satu simpang yang menuju ke Perkampungan Felda Selasih.

Rujukan

WikiPedia: Sekolah_Kebangsaan_Felda_Selasih http://skfeldaselasih.blogspot.com/ http://www.youtube.com/watch?v=2o9HN8-VeTA https://www.facebook.com/asdisa282 https://www.facebook.com/fadzilah.mohammad?ref=pb7 https://www.facebook.com/fizul.joe?ref=pb https://www.facebook.com/norsalawati.wahab https://www.facebook.com/profile.php?id=1000006064... https://www.facebook.com/profile.php?id=1000007025... https://www.facebook.com/profile.php?id=1000008299... https://www.facebook.com/profile.php?id=1000008857...